salam
selamat hari raya semua
kadang-kadang dalam hidup ni, banyak yang kita dah tersalah langkah kan...
entahla...
kadang-kadang kite rasa hepi
kadang-kadang kite rasa sedih
kenapa dua2 rasa hati ni perlu ada kadang-kadang???
kadang-kadang apa yang kita mahukan takkan dapat
kadang-kadang apa yang kita impikan hanyalah sebuah mimpi
kadang-kadang apa yang kita tak terjangka itulah sebuah kenyataan
kadang-kadang kite tak dapat menerima sesuatu takdir itu dengan hati yang tulus
entahla...
kenapa perlu ada semua ini
melihat kebahagiaan org lain adalah sesuatu yang perit untuk di zahirkan
kebahagiaan sendiri entah bile akan tibe
kenapa kite perlu untuk terus mengharap, sedangkan kita tahu sendiri, yang itu bukan milik kita
mungkin itulah ujian buat kita
kita di uji, ujian tu adakalanya tidaklah seberat mana, cuma kita sendiri yang tidak matang untuk menerimanya dengan fikiran yang waras
sebuah kehidupan, perlu ada bahagia, sedih, marah, dan sebagainya
aku mahukan kebahagiaan
kebahagiaan yang hakiki, yang milik ku jua hingga akhirnya
selama mana seseorang manusia tu akan terus menipu dirinya dengan melihat kebahagiaan org lain, sedangkan di dalam jiwa, hanya Tuhan saja yang tahu
untuk akhirnya
tempuh lah hidup ini dengan sebaik yang mungkin
setiap yang terjadi ada hikmah di sebaliknya
hanya Allah tempat kita memohon
sempena dengan Aidilfitri ini, ku mohon ampun dan maaf
salam semuanya...